Laman Utama > Mengenai Kami

Semua Pun Boleh Di Pejabat Pos

Kini anda boleh membayar bil, dapatkan pelan perlindungan,
dan macam-macam lagi dengan Pos Malaysia.

Platform maklumat utama untuk semua perkhidmatan yang terdapat di Pos Malaysia

Mengubah Tanggapan Anda Mengenai Perkhidmatan di Pos Malaysia

Semua Pun Boleh di Pejabat Pos merupakan titik permulaan kami untuk mengubah tanggapan anda tentang Pos Malaysia.

Misi utama kami adalah untuk menjadi pembekal logistik terulung di Malaysia dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan kami dengan menyalurkan informasi terbaharu daripada Pos Malaysia di sini.

Kami telah meningkatkan khidmat pelanggan di 600+ pejabat pos di seluruh negara dengan menawarkan lebih daripada 200 jenis perkhidmatan khusus untuk urusan harian anda.

Berikut adalah di antara perkhidmatan produk dan transaksi yang tersedia di semua pejabat pos berhampiran anda:

  1. Membeli pelan perlindungan insurans atau takaful kenderaan, kemalangan, serta insurans am untuk diri sendiri dan keluarga.
  2. Membuat pelbagai jenis pembayaran bil dan utiliti serta cukai taksiran.
  3. Membantu anda menambah saham akhirat anda dengan khidmat pembayaran zakat, tabung haji, menderma waqaf, dan membeli kit kifayah.
  4. Zakat payment services, waqaf donations, and purchase of muslim funeral kit.
  5. Menawarkan perkhidmatan pos, kurier dan macam-macam lagi.

Kini, Semua Pun Boleh di Pejabat Pos!