Laman Utama > Kewangan > Kiriman Wang Domestik dan Antarabangsa

Kiriman Wang Domestik dan Antarabangsa

Proses pengiriman wang dan pengurusan pembayaran rasmi mahupun persendirian kini dipermudahkan di Pejabat Pos.

Proses pengiriman wang dan pengurusan pembayaran rasmi mahupun persendirian kini dipermudahkan di Pejabat Pos.

Apa kemudahan Kiriman Wang di Pejabat Pos?

Harga Berpatutan

Yuran yang rendah untuk pengiriman wang domestik dan antarabangsa.

Bantuan Kaunter

Pegawai kami sedia membantu anda pada setiap masa.

Selamat

Setiap kiriman wang, pelanggan akan menerima Remit No. (kiriman wang domestik) atau MTCN No. (kiriman wang antarabangsa).

Proses Kiriman Wang Domestik

Individu :
Pelanggan hadir ke Pejabat Pos dengan membawa dokumen lengkap iaitu pengenalan diri yang asal.

Korporat/Syarikat :
Wakil perlu membawa surat kuasa dan salinan kad pengenalan diri.

Apabila dokumen lengkap, pelanggan boleh membuat pembayaran secara tunai di kaunter untuk pembelian Money Order.

Pelanggan akan dikenakan servis caj RM 3.90 bagi Money Order bawah RM 50 manakala RM 5.90 bagi Money Order RM 50 dan keatas.

Selepas proses pembayaran, pegawai kami akan memberikan resit kiriman wang berserta remit no. (No. Pin).

Proses Kiriman Wang Antarabangsa

Pelanggan hadir ke Pejabat Pos dengan membawa dokumen pengenalan diri yang lengkap.

Caj perkhidmatan akan dikenakan bergantung kepada negara yang ingin dihantar.

Pelanggan akan menerima resit berserta nombor MTCN.

Pelanggan Ria sedia ada perlu melakukan transaksi secara atas talian di MYRia App.

Pelanggan hadir ke Pejabat Pos yang dipilih untuk melakukan pembayaran di kaunter.

Pelanggan akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 3.00 untuk amaun bawah RM 500 manakala RM 3.50 untuk amaun RM 500 - RM 2,999.

Dah sedia nak kirim wang?

Kunjungi cawangan terdekat anda

Cari sekarang